Pemain tengah skuad hoki negara, Mohd Marhan Abd Jalil, mengingatkan rakan sepasukan bahawa kapten Kanada, Scott Tupper, mampu menjadi pemusnah harapan skuad negara dalam final Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 malam ini.
Kanada yang mengakhiri saingan Kumpulan A di tempat ketiga sebelum melangkah ke final dengan mengatasi Itali 3-1 dalam separuh akhir semalam.
Menyedari kehadiran Tupper adalah ancaman buat skuad negara, Marhan berharap setiap pemain mempamerkan aksi ampuh untuk mengatasi setiap pergerakannya.
"Tupper mampu mengawal rentak permainan tetapi kami berharap Malaysia akan memberikan aksi terbaik untuk meraih jaringan, sekali gus memenangi perlawanan ini.
Marhan turut berharap setiap peluang menerusi pukulan sudut penalti mampu disempurnakan kerana ia adalah langkah yang berkesan untuk skuad negara mencetak jaringan.
"Pukulan sudut penalti adalah kelebihan buat skuad negara ketika berdepan Kanada. Saya berharap pemain yang bertanggungjawab akan menyempurnakan tugas dengan sebaik mungkin."