Austria tiada pilihan kecuali menewaskan Malaysia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 malam ini bagi mencerahkan peluang mendapat dana kerajaan selepas pemain perlu mengeluarkan RM1,500 seorang untuk beraksi di Bukit Jalil.
Hoki padang tidak berpengaruh di Austria berbanding hoki dalam dewan atau hoki ais.
Setiap pemain perlu mengeluarkan kos sendiri sekitar RM1,500 untuk menyertai Akhir Siri Hoki FIH kerana Persekutuan Hoki Austria tidak mempunyai tajaan yang mencukupi.
Jadi, pasukan di ranking ke-19 dunia itu perlu menewaskan Malaysia untuk membuka mata bahawa mereka memiliki potensi besar.
"Setiap pemain telah bermain dengan baik dalam kejohanan ini. Saya berasakan jika kami memenangi sesuatu, ia akan melonjakkan keyakinan kami dan mahu menampilkan persembahan terbaik," kata kapten Austria, Xaver Hasun.
Pasukan itu dibarisi ramai pemain muda dengan hanya dua pemain melebihi 100 'caps' -- selain Hasun, seorang lagi pemain ialah pertahanan, Benjamin Stanzl.