Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, mahu aksi dalam kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Oktober depan, sebagai hadiah termanis sebelum nasibnya ditentukan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berikutan kontraknya bakal berakhir Disember depan.
Disebabkan itu, Dhaarma terpaksa memilih karakter yang lebih garang setiap kali sesi latihan dalam usaha memburu slot kelayakan Sukan Olimpik 2020.
Justeru, perubahan karakter Dhaarma itu bersebab.
Selain mengidam slot kelayakan Sukan Olimpik, pengendali tersebut mengharapkan pencapaian tertinggi bersama skuad wanita selepas empat tahun membimbing The Malaysian Tigress.
"Saya sudah empat tahun mengemudi skuad wanita negara dan saya amat dahagakan kejayaan dengan pasukan ini.
"Selalunya, kami terlepas peluang-peluang kecil sahaja," ujarnya.
Tambah Dhaarma, melewati aksi latihan di antara jam 3 dan 5 pagi adalah perkara biasa, malah dia pernah membuat perkara yang sama ketika Kejohanan Siri Hoki Dunia bagi kelayakan Piala Dunia, dua tahun lalu.
Yang pasti, kedudukan dua terbaik daripada lapan pasukan perlu dilunaskan skuad wanita negara dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 di Banbridge, Ireland Utara, dari 8 hingga 16 Jun depan.
Itu syarat utama jika mereka mahukan slot kelayakan Sukan Olimpik.
"Selepas dua tahun, ini percubaan kali kedua kami.
"Kami amat mengharapkan kami sekurang-kurangnya mara ke peringkat kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sepertimana skuad lelaki.
"Kami perlu menempatkan diri dalam final di Ireland Utara. Kami adalah pasukan 'underdog' di ranking kelima dalam kalangan lapan pasukan," katanya lagi.