Tamat kempen skuad hoki lelaki, kini giliran skuad wanita pula untuk cuba mencipta kejutan dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH Wanita 2019 di Belfast, Ireland Utara, bulan depan dengan melalui rejim latihan seawal jam 3 pagi.
Ini bukan kali pertama ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, melaksanakan latihan seawal jam 3 pagi.
Dia pernah melakukannya ketika The Malaysia Hockey Tigress bersiap sedia untuk ke Kejohanan Separuh Akhir Siri Hoki FIH Wanita di Brussels, Belgium, dua tahun lalu.
Jadual latihan skuad wanita diubah bagi menyesuaikan keadaan pemain yang kebanyakannya sedang menjalani ibadah puasa pada siang hari di samping kesuntukan masa berikutan mereka bakal ke Eropah, 25 Mei ini.
"Saya dah lama dalam pasukan kebangsaan bermula daripada peringkat remaja sehinggalah skuad wanita.
"Sudah 10 tahun saya di sini dan dalam tempoh itu, kami tidaklah mengerah sepenuhnya kudrat ketika berlatih dalam bulan puasa.
"Bagi saya, ia membuang masa selain faktor tempoh kejohanan yang semakin suntuk," kata Dhaarma.
Berbanding skuad lelaki yang mempunyai kelebihan daripada sudut ranking, skuad wanita yang berada di tangga ke-22 dunia tidak mempunyai pilihan lain selain cuba muncul sekurang-kurangnya naib juara dalam usaha merebut slot ke kelayakan Sukan Olimpik 2020.
"Kami setidak-tidaknya perlu menjadi naib juara dan jika tidak, maka kami perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020," ujarnya.
Scotland dan Itali bakal menjadi destinasi terakhir barisan kendalian Dhaarma sebelum mereka berlepas untuk mengikuti kempen sebenar, 6 Jun depan.