Emosi bercampur-baur buat pemain tengah Kanada, Adam Froese, apabila menumbangkan tuan rumah 3-2 dalam final Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 berikutan dia dilahirkan dan pernah menetap di Malaysia.
Froese yang lahir di Subang, Selangor, 27 tahun lalu, tidak menunjukkan banyak emosi selepas menewaskan Malaysia.
Pemain tengah itu mempunyai hubungan rapat dengan negara ini apabila bapanya bekerja di Malaysia pada era 90-an.
Namun, kali ini dia mempunyai tugas untuk Kanada dan hasilnya, pilihan utama itu menepati ramalan untuk muncul juara kelmarin.
"Ia satu perlawanan yang menarik, pujian harus diberikan kepada pasukan Malaysia dan mereka mempamerkan aksi memberangsangkan dengan memberikan tekanan kepada kami.
"Kami juga memaksa Malaysia bertahan lebih ke dalam, dapat menguji penjaga gol mereka dan usaha kami itu akhirnya menghasilkan jaringan," kata Froese.
Kanada bangkit daripada dua kekalahan dalam Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2019, Mac lalu, untuk menewaskan Malaysia.
Kehadiran semula kapten, Scott Tupper, dan penjaga gol, Anthoni Kindler, nyata menjadi senjata utama.
"Kami berdepan situasi sulit dan kadangkala ia boleh berlaku.
"Kindler melakukan tindakan menyelamat bertaraf dunia ketika menyekat stroke kedua Malaysia.
"Saya sendiri pun adakalanya gagal menyempurnakannya tetapi detik itulah yang menyelamatkan kedudukan kami dalam perlawanan ini," ujar Tupper.