Kapten skuad besbol wanita negara, Siti Noor Aishah Samin, berharap penyertaan skuad negara dalam Kejohanan Wanita Antarabangsa di Taiwan, 22-26 Mei ini akan memberikan pendedahan secukupnya buat skuad negara.
Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sedar kesukaran yang akan dihadapi dalam kejohanan di Taiwan itu, namun memberi jaminan skuad negara akan mengerah segala kudrat yang ada untuk memberikan saingan.
Bagi Aisyah, penyertaan itu akan menjadi pendedahan terbaik menjelang kejohanan peringkat antarabangsa yang akan datang memandangkan ia merupakan kejohanan pertama yang disertai skuad negara.
Tambahnya, bukan kemenangan yang diburu dalam kejohanan itu tetapi pengalaman untuk bersaing dengan pasukan terbaik sepeti Jepun dan Taiwan amat berharga.
"Kami menganggap diri kami sebagai pembuka jalan untuk atlet-atlet yang akan datang.
"Tekanan sememangnya ada tetapi kami sedar ia merupakan kejohanan pertama kami di peringkat antarabangsa.
"Kami mahu memastikan setiap latihan yang dihadapi sejak empat bulan lalu tidak akan sia-sia," katanya.
Sementara itu, 'shortstop' skuad negara, Noraina Mahad, mendedahkan latihan yang dijalani pada bulan Ramadan membantunya dan rakan-rakan untuk membentuk kekuatan mental bagi menghadapi saingan antarabangsa.
"Agak bergelut tetapi kami dapat mengatasinya.
"Kami bersahur dan melakukan senaman ringan sebagai persediaan," katanya.