Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Asia (AHF), Datuk Tayyab Ikram, menyokong cadangan mengubah sistem mata ranking dunia yang menyaksikan negara benua ini sukar untuk layak ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik.
Sistem kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengundang kebimbangan mengenai jumlah negara dari Asia yang mampu layak ke temasya itu.
Setakat ini, hanya Jepun sudah mengesahkan tiket bagi acara lelaki dan wanita tatkala pasukan lain perlu memenangi kejohanan benua dan playoff kelayakan yang ternyata memberi kelebihan kepada jaguh Eropah.
"Slot untuk benua dilihat tidak membantu Asia tetapi sistem baru ini dilihat dapat membolehkan semua pihak meraih peluang sama rata. Anda perlu beraksi dalam lebih perlawanan dan mendapatkan mata lebih banyak," katanya.
Ketika ini, skuad lelaki negara menghuni ranking ke-12 dunia sambil wanita berada di tangga ke-20.
Jika sistem mata ranking dunia berubah, ia bermakna aksi persahabatan dan kejohanan seperti Piala Sultan Azlan Shah akan turut menawarkan mata.
Sementara itu, AHF menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad, menerusi tajaan bernilai RM150,000 setahun.
"Kehebatan sukan ini menyebabkan kami membuat keputusan untuk melibatkan diri. Ia merupakan salah satu sukan yang diterima oleh rakyat Malaysia," ujar Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamaruddin Meranun.