Saingan bagi perebutan kerusi timbalan presiden Olahraga Malaysia (MA) juga dijangka sengit melibatkan lima nama yang mengesahkan pencalonannya termasuk Datuk Karim Ibrahim, Datuk R. Annamalai, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, Sallehuddin Safar dan Mohamat Hasan.
Selepas 39 tahun menabur bakti bersama MA, Annamalai yakin mampu menggunakan pengalaman luas yang dimilikinya bagi tujuan meningkatkan reputasi persatuan sekiranya dipilih menyandang jawatan itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi penggal 2025-2029 pada 15 Jun ini.
"Tahap kematangan pegawai yang terpilih sangat tinggi. Jadi dedikasi mereka sangat tinggi, mampu menjalankan tugas dengan baik berdasarkan matlamat untuk mencapai keputusan yang baik.
"Sedikit sebanyak kami kurang dalam soal itu. Kami memerlukan pegawai berpengalaman dan pegawai yang baru untuk membentuk satu pasukan yang mana bagi menerajui MA ke peringkat yang tinggi," kata bekas pengurus pasukan olahraga negara itu.
Dia turut merasakan Shahidan mampu mempertahankan kerusi presiden yang disandang susulan kredibiliti yang ditampilkan sepanjang menerajui MA bagi penggal 2020 hingga 2025.
"Pengalaman dan keinginannya. Dia suka bergaul dengan semua, menjalankan tugas dengan saksama. Saya nampak hanya dia layak dalam pemilihan ini," katanya lagi.