Skip to main content

Sukan Lain

ACC: Shah Firdaus tekad tamatkan badi enam gangsa

shah-firdaus-sahrom.jpg
Shah Firdaus Sahrom mengidamkan kejayaan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) India walaupun masih diselubungi trauma kemalangan dialaminya.

Dalam saingan separuh akhir kedua keirin lelaki edisi lalu, Shah Firdaus terlibat dalam kemalangan melibatkan lima pelumba ketika berbaki satu pusingan hingga ke garisan penamat.

Anak jati Muar itu masih kempunan untuk gelaran Asia pertamanya selepas mengumpul koleksi enam pingat gangsa ACC. 

Kemudian satu lagi kemalangan berlaku apabila tayar basikal Shah Firdaus pecah semasa menjalani sesi latihan berintensiti tinggi menyebabkannya mengalami kecederaan buku lali dan lebam.

"Kali ini saya tidak mahu jatuh sakit atau dilanda kecederaan lagi. 

"Banyak peserta lain yang di kedudukan terdesak untuk layak jadi kami perlu berjaga-jaga dalam perlumbaan. 

"Kami berjaya menaiki podium dan mara ke final dalam kejohanan terakhir, oleh itu ranking kami agak selamat," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Sedar saingan ACC bukan sahaja sengit, malah bakal menyaksikan pelumba-pelumba tampil lebih agresif demi merebut slot ke Sukan Olimpik Paris, pelumba kelahiran Johor perlu lebih berhati-hati untuk elak dari sebarang kemalangan.

"Tetapi kami perlu kekalkan rentak kerana apa pun boleh berlaku sebab pelumba Asia mendominasi kancah. 




"Apa pun, saya perlu kembali dengan latihan intensiti tahap tinggi sebagai persediaan menghadapi ACC. 

"Ketika kejar motosikal, saya jadi takut-takut sebab bimbang perkara buruk berlaku sebelum Sukan Olimpik. 

"Sehubungan itu, saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri agar terus bersikap positif," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video