Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, sekali lagi dikecewakan di pentas utama apabila kesakitan lutut kanannya menjadi faktor utama kegagalan dia untuk memberikan saingan dalam merebut kilauan pingat emas acara pecut Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC).
Sebaliknya, Shah mempertahankan pingat gangsa Kejohanan Asia yang dimenanginya pada edisi lalu di New Delhi, India sekali gus menambah koleksi pingat gangsa ketiga peribadinya di pentas Asia.
Dia yang terkenal dengan panggilan 'The Terminator' menanti kunjungan jaguh Asia di Velodrom Nasional Nilai itu dengan kondisi fizikal yang tidak cergas sepenuhnya.
Kecederaan lutut memaksa dia mencaturkan strategi berbeza pada saat akhir — khususnya bagi menghadapi saingan jaguh dari Jepun, Shinji Nakano.
Shah melengkapkan kedudukan podium selepas menundukkan adiknya, Ridwan Sahrom dalam saingan penentuan gangsa.
"Beberapa hari sebelum kejohanan terdapat pertukaran jadual dimana acara pecut mula dahulu, jadi perancangan jika keirin bermula dahulu kita dapat berusaha keras dalam satu hari dan rancang sampai ke pusingan mana.
"Apabila pecut bermula dahulu, kerisauan adalah rasa sakit itu akan berterusan hingga acara keirin. Sekarang focus adalah jalani pemulihan." katanya.