BERBASIKAL
ACC India: Shah Firdaus, Nurul Izzati rangkul gangsa acara pecut
Pelumba negara lelaki dan wanita, Shah Firdaus Sahrom serta Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, memastikan pingat gangsa dalam acara pecut Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) Edisi Ke-43 di New Delhi, India, sebentar tadi.
Dalam penampilan ketiganya, Nurul Izzah, untuk podium sulungnya menerusi acara itu setelah mengetepikan cabaran Aki Sakai bagi mengulangi kejayaan yang pernah dirakam Fatehah Mustapa di Korat pada 2015.
Sementara itu, Shah Firdaus mengatasi cabaran King Shih Feng dari Taiwan turut selepas ditundukkan Li Zhiwei (China) dalam perlumbaan separuh akhir sambil Yuta Obara (Jepun) muncul juara.
Must-Watch Video