Kuala Lumpur Dragons (KL) bangkit mengejutkan antara pasukan pilihan Kejohanan Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) dengan menewaskan Alab Pilipinas 91-63 dalam di Stadium Bola Keranjang MABA, sebentar tadi.
Kemenangan itu melonjakkan kedudukan KL Dragons dengan kemenangan yang penuh bermakna ke atas Alab Filipinas.
William Artino menjadi penyumbang utama kejayaan pasukannya menerusi 24 mata yang disempurnakan pemain tengah itu.
Pendahuluan 24-14 dalam suku pertama yang membawa kepada permainan yang lebih yakin dalam suku kedua.
Di samping ketua pasukan, Amir Bell, Artino terus melebarkan penguasaan dengan terus memberi tekanan buat Alab Pilipinas yang diketuai, Jason Alexander Brickham.
Selepas turut cemerlang dalam suku kedua, pelawat cuba bangkit dalam suku ketiga menerusi gandingan Nicholas King dan Samuel Deguara.
Tetapi ia belum cukup untuk menidakkan KL Dragons yang terus mendahului dalam suku ketiga.
Tiada apa yang mampu dilakukan Alab Pilipinas dalam suku keempat selain membiarkan KL Dragons terus menguasai perlawanan untuk kemenangan bergaya 91-63.
Editor: Shaiful Shamsudin