Skip to main content

Bola Keranjang

ABL: Dragons gagal sekat Dreamers

abl.jpg
Kebergantungan Kuala Lumpur Dragons terhadap bintang utama, William Artino, ternyata tidak mampu menggugat pasukan Taiwan, Formosa Dreamers, untuk akur tewas 79-85 dalam Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) di Stadium Changhua hari ini.

Perlawanan bermula sengit dengan Dragons, yang ketingalan 14-18 dalam suku pertama, bangkit dalam suku berikutnya untuk mengikat kedudukan 28-28 hasil kebijaksanaan Artino menyempurnakan setiap dua mata.

Wakil negara itu kemudian mendahului 37-36 sebelum menuju waktu rehat separuh masa.

Saingan semakin sengit dalam suku ketiga dengan Dragons kian tertekan untuk mengekalkan pendahuluan -- termasuk Artino yang mensia-siakan beberapa balingan percuma -- sebelum Dreamers di depan 56-53.

Hasrat Dragons untuk kembali bangkit semakin sukar sebaik mata terikat di angka 71 apabila lawan itu menambah 29 mata lagi menerusi kecemerlangan Anthony Tucker, Chang Tsung-hsien dan Jerran Young.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found