Wakil negara, Westports Malaysia Dragons, menamatkan penantian untuk meraih kemenangan di laman sendiri selepas menewaskan kelab Taiwan, Formosa Dreamers, 84-74 dalam Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) di Stadium MABA, hari ini.
Dragons turun dengan misi mahu menebus kekecewaan selepas kecundang kepada Mono Vampire di Bangkok, kelmarin.
Malah, dua aksi di tempat sendiri sebelum ini juga menyaksikan Dragons gagal meraih kemenangan.
Lantas, pertemuan dengan Dreamers hari ini memberi motivasi tambahan buat skuad kendalian Chris Thomas itu.
Suku pertama menyaksikan permulaan positif Dragons dengan corak permainan pantas bagi menyaingi Dreamers untuk mengikat pelawat dengan kedudukan 13-13.
Rentak itu diteruskan dalam suku kedua tetapi penyudah lebih kemas oleh Dragons memastikan mereka mempunyai sedikit jurang pendahuluan 32-31 menuju waktu rehat.
Selepas rehat, Dreamers terus memberi asakan hebat kepada Dragons yang terpaksa menyandarkan kepada serangan balas pantas bagi memperoleh mata.
Ketepatan penyudah Marcus Marshall yang memperoleh 30 mata keseluruhan dalam perlawanan ini juga menjadi pemisah di samping beberapa lontaran percuma yang disempurnakan AJ West Junior dalam suku terakhir memastikan kemenangan kedua buat Dragons dalam kempen musim ini.
"Ia adalah perlawanan wajib menang bagi kami dan ia melibatkan pengambilan pemain yang tepat kami lakukan tahun ini.
"Kami melakukan tugas yang baik walaupun berdepan dengan jadual yang sibuk," kata Thomas.