Skip to main content

Bola Keranjang

ABL: Dragons akur gagal sekat Heat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abl-dragons-heat.jpg
Kuala Lumpur Dragons terpaksa akur gagal memperbaiki kedudukan dalam Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) apabila tewas 72-79 kepada Saigon Heat di Stadium MABA hari ini.

Selepas 10 perlawanan, wakil negara itu menduduki tangga kelima hasil lima kemenangan dan lima kekalahan.

Dengan bantuan penyokong di laman sendiri, Dragons memanfaatkan keadaan itu untuk bersaing sengit, terutama dalam suku pertama.

Will Artino, seperti kebiasaan, menjadi pemain paling prolifik buat pasukan tuan rumah itu dengan menyumbangkan 24 mata dan 15 rebound.

Kelicikan pemain itu membolehkan Dragons mengikat Heat 18-18 dalam suku pertama.

Dalam suku kedua, Heat menampilkan aksi lebih kemas dengan Malcolm White muncul penyumbang mata utama untuk pasukan dari Vietnam itu mendahului 40-35.

Dragons kembali mendominasi suku ketiga untuk merapatkan jurang kepada 55-59, namun ia tidak cukup bagus untuk menafikan Heat, yang menamatkan saingan itu dengan kemenangan 79-72.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video