Peluncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah, mengakui tertekan untuk melaksanakan impian emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan memandangkan ia bukan acara kegemarannya.
Atlet muda negara itu diletakkan harapan utama untuk membutirkan pingat emas dalam acara kabel berpasukan.
Sebagai wakil paling senior, harapan itu tergalas di bahunya dan walaupun mengakui berdepan tekanan hebat, dia perlu melaksanakannya memandangkan sasaran itu sudah pun diuar-uarkan.
Mahu tidak mahu, dia perlu merealisasikan hasrat itu berdasarkan keyakinan yang ditetapkan ketua jurulatih negara, Hanifah Yoong.
"Pergerakannya sama sahaja dengan kemahiran yang saya miliki dalam acara yang pernah saya sertai.
"Namun, satu-satunya perbezaan adalah saya akan ditarik oleh satu kabel dari atas dan bukannya daripada bot.
"Jika saya mahu melakukan 'flip', ia agak sukar," katanya.
Nada sama juga disuarakan jurulatih peribadinya, Larry Gisler, yang menganggap ia bukan sasaran mustahil.
"Kami berkeyakinan.
"Aaliyah sudah memenangi dua atau tiga pingat emas dalam Sukan SEA terakhir.
"Dia seorang atlet yang baik, begitu juga dengan dua atlet muda yang lain.
"Jadi, kami perlu berlatih menggunakan kabel dan selepas sebulan berlatih, kami akan mengetahui bagaimana peralihan daripada bot kepada kabel dan seberapa banyak yang mereka mampu lakukan," katanya.
Acara berpasukan itu akan menampilkan Aaliyah bersama dua adiknya, Aideen dan Adam Yoong, serta seorang lagi peluncur negara, Nadiah Nassir.