Skip to main content

Sukan Lain

2020 tahun penting buat Zul Bahrin

gimnastik-artistik-negara-zul-bahrin-mat-asri.jpg
Musim ini penting buat atlet gimnastik artistik negara, Zul Bahrin Mat Asri, untuk menyinar selepas menamatkan pengajian pra-universiti tahun lalu dengan meletak sasaran pingat dalam Kejohanan Terbuka Ukraine, April depan.

Sebelum ini, Zul Bahrin antara atlet yang berjaya menambah koleksi pingat gangsa kontinjen negara dalam Sukan SEA Filipina, Disember lalu. 

Tahun lalu, dia terpaksa membahagikan masa untuk mengikuti kuliah seiring dengan program latihan yang ditetapkan jurulatih, Tan Jia En, yang menjadi kekangan buatnya untuk memperbaiki prestasi. 

Justeru, Terbuka Ukraine bakal menjadi kejohanan sulungnya musim ini dengan sasaran meraih pingat. 

"Dalam tahun ini, saya menyasarkan pingat.

"Tahun ini sangat penting buat saya kerana sudah menamatkan pengajian," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini. 

Dalam pada itu, seorang lagi atlet gimnastik artistik negara, Tan Fu Jie, yang tampak sudah bersedia bagi membuat penampilan di Australia sempena Kejohanan Dunia, mengakui bimbang dengan ancaman wabak novel koronavirus. 

"Saya perlu kembali dalam prestasi selepas bercuti sempena Tahun Baru Cina minggu lalu," katanya pula.



Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found