Pemanah recurve, Haziq Kamaruddin, berdepan situasi paling mencabar dalam karier untuk merampas kembali posisi selaku pemanah ketiga berpasukan negara atau berdepan risiko hilang tempat dalam skuad kebangsaan.
Haziq hilang tempat dalam skuad kebangsaan dan ia merupakan situasi pertama sejak mewakili pasukan senior pada 2010.
Posisinya dirampas pemanah muda, Mohd Zariif Syahir Zolkepeli, dalam Kejohanan Dunia di Belanda yang menawarkan tiket kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pemanah berusia 26 tahun itu diatasi Zariif ketika peringkat kelayakan recurve individu lelaki Piala Dunia di Shanghai, China, bulan lalu yang juga menjadi sesi pemilihan Kejohanan Dunia.
Masalah utama ialah perubahan teknik, namun Haziq semakin selesa dengan apa yang dilakukan ketika ini.
"Untuk waktu sekarang, masalah lebih kepada teknik memanah. Daripada segi komunikasi dengan jurulatih, tiada masalah. Kalau ada tersilap, itu atas individu. Namun, kebelakangan ini saya mula menemui apa yang dimahukan, jadi diharap dapat mengekalkannya," katanya.
Selain Zariif, skuad recurve lelaki Kejohanan Dunia turut diwakili Khairul Anuar Mohamad dan Akmal Nor Hasrin.
Peserta Olimpik 2012 dan 2016 itu berpeluang merampas kembali tempat menjelang Piala Dunia Siri Keempat di Berlin, Jerman, Julai depan.
"Kami di sini sentiasa mencuba untuk sesiapa yang mahu pergi. Andai kata Malaysia menerima kuota itu lebih awal, bagus juga. Dalam masa sama, saya juga mencuba untuk ke Olimpik. Saya yang tidak mahu. Sebarang perubahan akan kami tengok kemudian."