Skip to main content

Permotoran

20 tahun Petronas sokong industri sukan permotoran tanah air

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petronas.jpg
Di sebalik penganjuran pusingan terakhir Cub Prix Malaysia di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu lalu, gerai milik Petronas terus mencuri tumpuan.

Ini merupakan tahun ke-20 syarikat galian tanah air itu menyokong sukan permotoran negara dengan penganjuran Cub Prix Malaysia.

Selain pemainan simulasi, pengunjung juga disajikan dengan persembahan 'live band' yang memeriahkan suasana di venue berkenaan sebelum perlumbaan bermula.

Petronas juga memberi peluang buat pelapis bakat permotoran dua roda dengan penganjuran kategori MiniGP, di mana mereka turut menawarkan latihan kepantasan.

Diharapkan Petronas akan terus mewarnai sukan permotoran negara, khususnya dalam Cub Prix Malaysia, yang menjadi wadah pembangunan utama dengan pernah melahirkan pelumba ternama seperti, Hafizh Syahrin Abdullah, Zaqhwan Zaidi dan Zulfahmi Khairuddin. 

Advertisement

Must Watch Video