Skip to main content

Hoki

20 perlawanan cukup sebelum PSAS 2020 -- Otlmans

otlmans2_1.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Roelant Oltmans, menyasarkan 20 perlawanan antarabangsa untuk diharungi menjelang aksi dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), yang ditangguhkan ke 24 September hingga 3 Oktober ini.

Beliau berkata pihak kejurulatihan telah berhubung dengan beberapa negara untuk mengatur jadual perlawanan persahabatan bagi memenuhi jadual April dan Mei ini untuk mengekalkan kecergasan pemain. Turut dalam radar ialah Jelajah Eropah pada Julai.

"20 perlawanan sudah mencukupi sebelum PSAS,” katanya.

Piala Sultan Azlan Shah sepatutnya dijadualkan berlangsung 11 hingga 18 April ini namun ditangguhkan berikutan penularan jangkitan COVID-19. 

Kejohanan yang memasuki edisi ke-29 itu adalah yang pertama buat Malaysian Tigers selepas dikendali jurulatih dari Belanda tersebut sejak Oktober 2018. 

“Skuad negara bakal beraksi dalam perlawanan ujian menentang pasukan New Zealand pada Jun di Kuantan,” katanya.

Oltmans berkata penangguhan Piala Sultan Azlan Shah dilihat dapat membantu beliau untuk menilai kemampuan beberapa pemain baharu bersaing di pentas antarabangsa.

Sementara itu, pemain pertahanan negara Muhammad Razie Abdul Rahim berkata penangguhan kejohanan berkenaan memberi kelebihan kepada usaha pembentukan semula pasukan negara dengan 34 pemain telah dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Isnin lepas.

Namun pemain berusia 32 tahun itu menegaskan peri penting aksi antarabangsa sebagai medan menilai tahap perkembangan pemain.

"Pasukan akan mempunyai lebih masa untuk membuat persediaan terutama pemain baharu untuk mereka menyesuaikan diri dengan sistem serta taktikal pasukan. Bagi saya, pengalaman daripada aksi antarabangsa amat penting, ia akan bantu pemain baharu mendapatkan keyakinan," katanya.

-- BERNAMA

 

Advertisement

Must Watch Video