Seramai 120 peserta menyertai Mr Beautiful Terengganu anjuran Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT) di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, menyaksikan Muhammad Faiz Danial yang mewakili A.I. Gym, mengungguli kategori badan cantik atas 170sm.
Tempat kedua menjadi milik Ruslan Sulong (Quno Gym) manakala Muhammad Harizan Khairul Alwee dari Turbocharged Gym di kedudukan ketiga.
Kategori badan cantik bawah 170sm pula dimenangi peserta Zizan Gym, Mohd Adhwa Awang Mat Teh.
Mohd Norhisham Mamat dari Beasthetics Gym terpaksa berpuas hati selaku naib juara dan tempat ketiga menjadi milik peserta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muhd Sabila Abdullah.
Satu lagi kategori, iaitu bakat baharu, pula menerima penyertaan terbanyak seramai 58 peserta dan gelaran juara disandang Ihsan Asyraaf Mukhtar (BR Gym & Fitness).
Ihsan Asyraaf mengetepikan cabaran Muhammad Saiful Azwa yang mewakili Seven Gym dan rakan sepasukannya, Abdul Hamid Sepia, di tempat kedua dan ketiga.
Juara bagi kesemua kategori memenangi wang tunai RM500 dan sijil manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM400 dan RM300 berserta sijil.
Hadiah disampaikan Presiden PBBABT, Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Mohd Sabri Abas.