Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, perlu bijak menangani gangguan dari luar gelanggang andai berhasrat mahu memenuhi aspirasi sebagai pemain elit dunia, kata jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai kempen mengecewakan pemain itu dalam Kejohanan Terbuka Malaysia, minggu lalu.
Zii Jia dalam penampilan sulungnya dalam kejohanan bertaraf perdana di bawah siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu tersingkir seawal pusingan pertama.
"Dia menghadapi beberapa masalah peribadi dan perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan masalah itu.
"Ada sesetengah pemain mampu menghadapi masalah dengan baik tetapi Zii Jia tidak.
"Saya berharap dia akan dapat segera menyelesaikan masalahnya dan segera mendapat rentak permainan terbaik.
"Ia waktu yang sukar memandangkan dia juga mahu layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, jadi dia perlu berusaha keras," katanya
Chong Wei, dalam pada itu, percaya dengan perancangan ketua jurulatih skuad perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek, dalam membentuk barisan mantap bagi menghadapi Piala Sudirman, 19-26 Mei ini.
"Saya perlu memeriksa keadaan kesihatan saya terlebih dahulu kerana Piala Sudirman sudah terlalu hampir.
"Saya akan melihat terlebih dahulu kemampuan saya dalam beberapa minggu ini.
"Jika keadaan mengizinkan, saya akan pergi (sertai).
"Misbun sudah pasti akan memilih barisan terbaik ke Piala Sudirman," katanya lagi.