Skip to main content

Badminton

Zii Jia minat seni -- Ketua Pengarah MSN tampil beri penjelasan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(1).png
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, tampil memberikan jawapan mengenai gambar yang dimuat naik oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia.

Status media sosial terbaru Lee Zii Jia yang dimuat naik semalam mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton negara.

Ini selepas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu memuat naik siri lukisan aneh di Instagram.

Status tersebut sudah menarik 133,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen di Instagram sejak ia dinaikkan.
 


Jefri yang ditemui Hari Sukan Atlet 2025 berkata, "Gambar yang dimuat naik itu sekadar menampakkan Zii Jia menyukai lukisan seni yang sebegitu rupa," kata Jefri kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin.
 

Untuk laporan penuh, nantikan lebih lanjut dalam Nadi Weekend! 

Advertisement

Must Watch Video