Ketua jurulatih skuad badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, optimis Lee Zii Jia mampu mencapai ranking ke-10 terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.
Pemain yang berada di ranking ke-14 dunia itu menunjukkan peningkatan apabila menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta bulan lalu.
Rankingnya mula meningkat sejak April lalu apabila kedudukannya melonjak daripada ke-23 hingga ke-14 dunia ketika ini.
"Sebelum ini, dia berada di ranking ke-80 dan 81.
"Dia mengikut corak latihan yang membantunya menempatkan diri dalam kelompok 15 terbaik sekarang.
"Setakat untuk tahun ini, untuk dia ke kelompok 10 terbaik, tiada masalah.
"Apa yang penting ialah susunan program untuk dia menempatkan diri.
"Apa sahaja perlukan masa," katanya.
Walaupun akan menjadi wakil tunggal BAM dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland 19-25 Ogos ini, Zii Jia tetap optimis untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir.
Juara Terbuka Taiwan 2018 itu berdepan laluan berliku apabila dijangka akan bertemu pilihan kelapan dari Jepun, Kenta Nishimoto, seawal pusingan ketiga.