Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, diklasifikasikan ketua jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, sebagai pencabar dan bukan lagi sekadar pelengkap jadual di pentas tertinggi dunia.
Berada di ranking ke-15 dunia, Zii Jia sudah melalui dua daripada tiga kejohanan dalam persiapan menghadapi Kejohanan Dunia bulan depan.
Terbuka Indonesia minggu lalu menyaksikan dia layak ke suku akhir dengan menjadikan bekas juara dunia dan juara bertahan Sukan Olimpik, Chen Long, sebagai mangsa.
"Zii Jia merupakan seorang pemain muda dari Malaysia yang mampu mencabar saingan utama dan ia merupakan peluang buat dirinya membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dunia," kata Misbun.
Bagaimanapun, Zii Jia perlu bijak menangani elemen kemampuan lawan mengeksplotasi kelemahannya.
Ini dibuktikan dengan kekalahan suku akhir Terbuka Indonesia kepada Anders Antonsen dan penyingkiran pusingan pertama dalam Terbuka Jepun baru-baru ini.
"Sebelum ini, Zii Jia sekadar mengikut corak permainan pemain bertaraf dunia dan kini dia memiliki tahap teknikal yang lebih baik dan kebolehannya bakal diuji dalam kejohanan akan datang," kata Misbun lagi
Sementara itu, badminton Malaysia sah kehilangan pengaruh seorang lagi pemain senior dan juga perseorangan profesional, Chong Wei Feng.
Wei Feng akur tewas dengan kesukaran untuk pulih daripada kecederaan pinggul berpanjangan.
Bagaimanapun, peningkatan mendadak Zii Jia dan beberapa lagi pemain lain seperti Soong Joo Ven dianggap Wei Feng sebagai petanda baik.
Daripada skuad naib juara Piala Thomas 2014, hanya Liew Daren kekal aktif daripada kalangan tiga perseorangan utama selepas persaraan Wei Feng dan Datuk Lee Chong Wei.
"Doktor telah menjelaskan sukar untuk pulih kerana ia mengambil masa yang panjang sementara sebagai pemain profesional, sukar untuk mendapatkan fasiliti yang diperlukan. Sudah tiba masa untuk saya membuat persiapan menghadapi fasa seterusnya.
"Buat masa ini, saya melihat terdapat peningkatan dalam bahagian perseorangan negara. Peningkatan yang dipamerkan oleh Zii Jia dan Joo Ven merupakan sesuatu yang positif bagi masa depan badminton Malaysia," kata Wei Feng.