Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, meraikan kehadiran semula prestasi sebenar dengan kelayakan ke Kejohanan Badminton Dunia 2019.
Berdasarkan kemas kini senarai kelayakan ke Kejohanan Dunia 2019 di Basel, Switzerland, Malaysia akan diwakili Zii Jia dan perseorangan profesional, Liew Daren.
Bagi Zii Jia, ini merupakan penanda aras tertinggi dalam kerjayanya memandangkan ini kali pertama dia layak secara merit ke Kejohanan Dunia yang akan berlangsung dari 19 sehingga 25 Ogos depan.
Selepas mengalami kemerosotan prestasi dalam Terbuka Switzerland, Malaysia dan Singapura , Zii Jia bangkit merekodkan penampilan kelima di peringkat suku akhir musim ini hasil kempen memberangsangkan dalam Terbuka New Zealand minggu lalu.
"Saya berasakan sudah kembali mendapatkan sentuhan terbaik dalam Terbuka New Zealand. Saya berharap dapat mengekalkan persembahan ini dalam Kejohanan Dunia dan Piala Sudirman..
"Jika saya mampu meneruskan persembahan ini, tidak mustahil untuk berada dalam kelompok 20 dunia tetapi persoalannya adakah saya mampu melakukannya ataupun tidak," katanya.