Semangat perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, tetap luar biasa meskipun terpaksa meraikan kejayaan memecah masuk kelompok 10 terbaik dunia buat julung kalinya daripada zon kuarantin Covid-19 di Akademi Badminton Malaysia susulan kejayaan melangkah ke separuh akhir Seluruh England Sabtu lalu.
Kejayaan itu tercetus susulan pengembaraan Zii Jia melangkah ke separuh akhir Seluruh England dalam penampilan sulungnya di kejohanan badminton tertua di dunia itu.
Sejak bergelar nombor satu negara, Zii Jia sudahpun memiliki beberapa kebanggaan peribadi seperti menjejakkan kaki ke suku akhir Kejohanan Dunia (juga penampilan sulung) serta
memenangi Pingat Emas Sukan SEA Manila Filipina 2019.
Zii Jia kini mengikut jejak langkah Datuk Lee Chong Wei untuk merekodkan pencapaian sedemikian termasuk Liew Daren.
"Saya sangat gembira kerana berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. Saya akan terus berusaha meningkatkan mutu permainan dan menyasarkan kelompok lima terbaik dunia pula," kata Zii Jia ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani.