Perseorangan wanita negara, Lee Ying Ying, terkesan dengan kegagalan peribadi untuk mencapai prestasi seiring dua wakil utama negara, Goh Jin Wei dan Soniia Cheah, sejak bergelar naib juara remaja dunia 2015.
Kecederaan tapak kaki kiri menyaksikan pemain itu dibelenggu krisis prestasi musim ini.
Lima kejohanan yang disertai musim ini, termasuk Kejohanan Badminton Masters Malaysia, Januari lalu, menyaksikannya disingkirkan seawal pusingan pertama dalam setiap penampilan kompetitif.
Atas dasar itu, pemain dari Perak itu mengharapkan baki musim 2019 memberikannya pulangan lebih memberangsangkan.
"Saya menampilkan aksi yang baik, cuma tidak menang.
"Pukulan saya masih tidak konsisten dan perlu memecah kebuntuan ini," katanya.
Berdasarkan ranking semasa, Ying Ying berada di kedudukan ke-86 untuk meletakkannya selaku perseorangan ketiga terbaik negara di belakang Jin Wei dan Soniia.
Sehubungan itu, dia berasakan adalah penting untuk menyegerakan proses mencari prestasi sebenar demi meringankan beban dua pemain itu.
"Saya berdepan masalah tumit di kedua-dua belah kaki, jadi saya terpaksa berehat selama beberapa minggu.
"Saya harap dapat menggunakan kesempatan ini untuk memperkemaskan lagi aksi bagi kejohanan akan datang," katanya lagi.