Selepas beberapa hari yang suram, kempen Malaysia dalam Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine Ruhr 2025 diceriakan dengan tambahan pingat pada hari ke-10 menerusi badminton perseorangan wanita, Wong Ling Ching, yang membutirkan pingat gangsa.
Walaupun tewas dalam pertarungan sengit separuh akhir, kejayaan wakil tunggal daripada kem badminton itu mengubat kekecewaan pasukan.
"Saya berikan saingan berdasarkan keupayaan yang ada.
"Secara keseluruhan saya tidak cukup yakin dan bersabar.
"Di sebalik gangsa ini, sasaran sebenar saya adalah final.
"Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat memasuki final," katanya.
Ketua jurulatih badminton WUG, Datuk Rashid Sidek, meluahkan kekesalannya dalam kempen kali ini sambil melaungkan sesuatu perlu dilakukan menjelang edisi akan datang.
"Banyak yang perlu diperbaiki.
"Di sebalik, ada lagi pingat lain yang seharusnya memenangi beberapa pingat.
"Apa kan daya, kami hanya mampu merancang," katanya.