Skip to main content

Badminton

Walaupun baru beberapa bulan bersama kami... -- Aaron Chia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia, berasakan impak yang diberikan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, sangat membantu mereka meskipun baru beberapa bulan melatih juara Terbuka Singapura 2025 itu.

Ini susulan selepas beregu di ranking ketiga dunia itu menerima sentuhan jurulatih dari Indonesia itu menyaksikan mereka mara ke empat pentas akhir berturut-turut termasuk merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 dan Terbuka Thailand.



 

"Walaupun Herry baru beberapa bulan bersama kami, peningkatan prestasi sudah mula kelihatan. Dia banyak memberikan keyakinan kepada pemain tanpa meletakkan tekanan berlebihan.

"Pendekatan latihannya mungkin sedikit berbeza dan memerlukan masa untuk disesuaikan, namun impaknya jelas terhadap keseluruhan corak permainan kami." katanya kepada Sinar Harian.

Advertisement

Must Watch Video