Skip to main content

Advertisement

Badminton

Vivian, Mei Kuan bakal jadi pilihan Choong Hann

vivian.jpg
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, mungkin meletakkan pemain beregu wanita, Vivian Hoo dan Chow Mei Kuan, untuk turut beraksi dalam saingan Piala Sudirman 2019.

Menjelang Piala Sudirman yang akan bermula 19 Mei ini, kedua-dua pasangan beregu wanita, Vivian-Yap Cheng Wen serta Mei Kuan-Lee Ming Yean, bakal berentap di Nanning, China. 

Ketika ini, kemungkinan bagi penukaran individu melibatkan Vivian dan Mei Kuan akan dilakukan bagi membolehkan mereka beraksi dalam satu pasukan, sekali gus membantu meraih kemenangan menentang sama ada pasukan China atau India. 

Gandingan mantap itu tiada masalah beraksi bersama, malah pernah mengungguli pingat emas dalam saingan Sukan Komanwel di Gold Coast tahun lalu. 

"Sementara ini, kami tidak pasti lagi sama ada akan berbuat demikian atau tidak kerana memang prestasi Mei Kuan dan Meng Yean kebelakangan agak bagus, jadi kami akan lihat daripada pelbagai segi sebelum mengambil langkah seterusnya," kata Choong Hann.

Bagaimanapun, keputusan itu belum muktamad tatkala perkara tersebut perlu dilihat semula berdasarkan prestasi yang ditonjolkan oleh pemain terlibat.
 

Advertisement

Must Watch Video