Skip to main content

Badminton

Undian Piala Thomas: Jepun sekali lagi jadi cabaran terbesar Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-uber-cup-trophies.jpg
Malaysia sekali lagi akan bertemu juara edisi 2014, Jepun, dalam peringkat kumpulan saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand bermula bulan depan.

Selepas dikecewakan daripada menjuarai Kumpulan D dalam edisi 2020 tahun lalu, skuad lelaki negara sekali lagi diundi bersama Jepun dalam kumpulan sama menjelang aksi pembukaan pada 8 Mei depan.

Selain pasukan pilihan kedua itu, Kumpulan D turut diisi England dan New Zealand.

Juara bertahan, Indonesia, diundi bersama Korea Selatan, Thailand dan Singapura dalam Kumpulan A manakala pemenang 10 kali, China, pula diundi bersama Denmark, Perancis dan Algeria dalam Kumpulan B.

Melengkapkan Kumpulan C adalah Taiwan, India, Jerman, dan Kanada.

Dalam pada itu, laluan berliku menanti skuad wanita negara apabila diundi bersama Thailand, Denmark dan Mesir dalam Kumpulan C saingan Piala Uber.

Juara bertahan, Jepun, pula diundi bersama Indonesia, Perancis dan Jerman dalam Kumpulan A.


 

Advertisement

Must Watch Video