Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini memaklumkan bahawa Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang sehingga terpaksa menarik diri dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam minggu lalu.
Rexy, bagaimanapun, tampil menjelaskan situasi sebenar dengan berkata kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman: "Jika dia katakan seperti itu, saya perlu katakan 'yes' Tze Yong berlatih selama enam jam.
"Tetapi ia tidak seperti itu, zero. Komitmen terhadapnya, apa yang dia katakannya, zero. Ia semakin buruk pada Januari lalu.
"Benar tak? Zero. Dia tidak pernah berusaha seperti itu.
"Bukankah dia sendiri katakan kepada anda pada Disember lalu yang dia mahukan latihan enam jam sehari? Zero.
"Saya tidak kisah. Saya perlu katakan kebenarannya."
Ng Tze Yong berlatih 6 jam sehari hingga cedera?
— Fateen (@fateenshazwani) February 20, 2024
Rexy dedah perkara sebenar…@ASTROARENA pic.twitter.com/dKDq43f2ZQ