Timbalan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mengenai gandingan baru negara selepas memisahkan gandingan di ranking ke-12 dunia, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei.
Ia secara langsung memisahkan gandingan 'Patatimo Boys’, Muhammad Haikal Nazri-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi, yang dibentuk sejak 2019.
Namun, ia menimbulkan keraguan sesetengah pihak berhubung ketidakadilan gandingan baru ini.
"Semalam kami sudah berbincang, Arif memilih untuk berpasangan dengan Yap Roy King walaupun kami juga menawarkan beberapa nama sebagai pilihan kedua.
"Kami bukan bercakap soal adil atau tidak. Tidak bermakna gandingan baru Nur Izzuddin dan Haikal boleh menjadikan mereka lebih baik.
"Begitu juga Arif-Roy King atau pun Sze Fei-Choong Hon Jian.
"Kami akan berikan ketiga-tiganya kesempatan untuk membuktikan siapa yang terbaik," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, sebentar tadi.
Rexy turut berkongsi mengenai kejohanan pertama ketiga-tiga gandingan baru ini iaitu di Thailand, Vietnam dan Isaka sebagai medan awal membuktikan keupayaan.
Dalam masa sama, Rexy turut menjelaskan detik awal keretakkan gandingan Izzuddin dan Sze Fei.
"Sejak Terbuka Jepun, Izzuddin sudah tidak serasi dengan Sze Fei sebab tidak mengendahkannya.
"Ketika pulang, saya lihat mereka balik berasingan lalu Izzuddin jawab, 'ia sudah pun diselesaikan di antara mereka'.
"Tapi ia berulang dalam jelajah di Eropah dan Izzuddin tidak gembira dan menghantar teks untuk bertanyakan tentang kejadian yang berlaku.
"Saya masih mampu tangani mereka tapi oleh kerana keputusan tidak bagus berterusan, Izzuddin sudah tidak kisah dengan mata kelayakan Olimpik dan hanya mahukan perpisahan.
"Dalam pemikirannya, tiada sebarang nama khusus," katanya lagi.