Bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Datuk Razif Sidek, berpandangan ketiadaan rakan sepelatih senior dalam kem kebangsaan menjadi punca pemain beregu negara lambat matang di peringkat antarabangsa.
Skuad beregu negara sekali lagi tekandas di peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia semalam selepas gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada lawan masing-masing.
Sebagai rekod, daripada lima kejohanan musim ini, Aaron dan Wooi Yik kandas di peringkat sama sebanyak empat kali, termasuk dalam Terbuka Thailand, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia.
Bagi Razif, ketiadaan rakan sepelatih lebih senior dalam kem kebangsaan menjadi punca permainan pemain negara lambat untuk matang, namun percaya perkara itu mampu diatasi Pengarah Kejurulatihan Bahagian Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.
"Apa yang saya lihat, mereka kalah kepada beregu terbaik dunia," kata bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1992 itu kepada Astro Arena.
"Tetapi mereka tidaklah ketinggalan terlalu jauh. Mungkin mereka ada kekurangan daripada segi strategi dan taktikal dan akhir sekali, saya lihat ada (kekurangan) daripada segi mental.
"Salah satu sebab yang saya dapat lihat adalah pemain-pemain kita mungkin tidak ada rakan sepelatih yang lebih senior daripada mereka.
"Pemain-pemain senior ketika ini kebanyakannya ada di luar BAM (Persatuan Badminton Malaysia).
"Seandainya pemain-pemain senior ini masih ada dalam BAM, saya percaya strategi dan taktikal mereka akan jauh lebih bagus.
"Ia dapat dilihat daripada permainan mereka yang kelihatan kurang matang.
"Sewaktu dulu, saya boleh dikatakan bernasib baik kerana senior-senior saya masih ada dan yang lebih muda daripada saya juga bernasib baik kerana saya masih ada, jadi ada kelebihan di situ.
"Berbeza dengan ketika ini, mereka hanya berlatih sesama sendiri tanpa pemain senior.
"Tetapi saya percaya dengan adanya jurulatih Rexy dan barisan kejurulatihannya, suatu hari nanti, pemain-pemain kita akan lebih berjaya," katanya.

Bekas beregu lelaki no 1 dunia, Razif Sidek berpendapat ketiadaan rakan sepelatih berpengalaman antara faktor kem beregu lelaki negara lambat matang. pic.twitter.com/w9WLr59nD1
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 10, 2022