Skip to main content

Badminton

TERKINI Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik melangkah ke final!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik-sabtu.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand apabila melangkah final menyingkirkan pasangan tuan rumah sebentar tadi. 

Terdahulu Aaron-Wooi Yik menundukkan pasangan senegara, Arif Junaidi dan Yap Roy King 21–12, 21–13.

Bertemu pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren, suasana di Stadium Nimibutr ternyata memihak pasangan Thailand. 

Set pertama menyaksikan Dechapol-Kittinupong mendahului 10-8, sebelum pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mengejar permainan untuk mendahului 11-10.

Aaron-Wooi Yik enggan menoleh ke belakang dengan aksi-aksi cemerlang ditampilkan sebelum menoktahkan kemenangan 21-17.



Aksi sengit dalam set kedua menyaksikan kedua-dua beregu saling mengutip mata demi mata sehingga terikat 7-7.

Pukulan cemerlang daripada Aaron-Wooi Yik ternyata menjadi halangan terbesar pasangan tuan rumah sehingga menyaksikan Malaysia mendahului 16-11.

Selepas bertarung dalam tempoh 37 minit, Aaron-Wooi Yik memastikan mereka melangkah ke final menerusi kemenangan di set 21-13.

 

Advertisement

Must Watch Video