Skip to main content

Badminton

(Terkini) Terbuka Thailand: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly.jpg
Beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah, meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Terbuka Thailand 2025 selepas menewaskan lawan dari China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge, di Stadium Nimibutr, sebentar tadi.

Wakil negara yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan tempoh 34 minit untuk menang dalam aksi straight set 21-14,21-11. 



 

Pearly-Thinaah mendominasi dalam aksi separuh masa pertama untuk menewaskan lawan dari China itu untuk menang 21-14, malah momentum itu diteruskan dalam set kedua dengan kemenangan 21-11.

Lawan dari Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara, mahupun Meilysa Puspitari-Allessya Rose dari Indonesia bakal menjadi lawan mereka di peringkat separuh akhir esok.

Advertisement

Must Watch Video