Skuad badminton negara akan menamatkan saingan peringkat Kumpulan C, Piala Sudirman 2025 dengan menentang Jepun di Xiamen, China sebentar nanti.
Selepas menewaskan Perancis dan Australia dalam dua perlawanan pertama, skuad negara sah melayakkan diri ke suku akhir selaku dua pasukan teratas kumpulan berkenaan.
Beregu campuran yang baru digandingkan semula, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, akan turun dengan misi penting mendapatkan mata pertama negara menentang Hiroki Midorikawa-Arisa Igarashi.
Menyusul selepas itu giliran perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, membawa misi mengejutkan jaguh China, Kodai Naraoka.
Dalam sektor perseorangan wanita, Goh Jin Wei dipilih untuk menentang Tomoka Miyazaki.
Acara tumpuan, beregu lelaki, pula akan menyaksikan juara dunia dan juara Asia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menentang Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, kemudian akan turun selaku sandaran terakhir menentang Nami Matsuyama, Chiharu Shida.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.

Siaran langsung & live streaming Malaysia lawan Jepun
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802 dan Astro Badminton saluran 815 bermula jam 9.00 pagi ini.Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.