Skip to main content

Badminton

(Terkini) Piala Sudirman: Malaysia tersingkir di tangan China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

letshanaa.jpg
Skuad badminton negara terkandas dalam suku akhir Piala Sudirman apabila tewas 0-3 di tangan tuan rumah, China, di Xiamen sebentar tadi.

Selepas tewas kepada Jepun untuk akur bergelar naib juara Kumpulan C semalam, Malaysia berdepan ujian sukar apabila diundi bertemu juara bertahan, China.

Dan jurang kualiti di antara kedua-dua pasukan jelas ketara sejak aksi pertama, di mana beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas 17-21, 17-21, kepada gandingan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Tekanan kian memuncak buat perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, untuk membutirkan mata pertama negara, di mana dia kemudian tewas 6-21, 14-21 kepada pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi.

Cabaran negara berakhir apabila perseorangan wanita, K. Letshanaa, turut tidak dapat menandingi pemain nombor tujuh dunia, Chen Yu Fei, dalam acara perseorangan wanita.

Ia menyaksikan skuad negara gagal mengulangi pencapaian ke separuh akhir dalam edisi di Suzhou, China dua tahun lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video