Selepas menamatkan penantian 19 tahun pingat Kejohanan Badminton Dunia BWF, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, membawa panji negara melangkah ke pentas final susulan kemenangan di perlawanan separuh akhir sebentar tadi.
Adidas Arena di Paris, Perancis menjadi saksi kejayaan Tang Jie-Ee Wei, membawa nama negara ke pentas final, mengikut jejak langkah beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah.
Bertemu pasangan tuan rumah, Thom Gicquel-Delphine Delrue, Tang Jie-Ee Wei mengawal rentak permainan namun diberikan tekanan sebelum menoktahkan kemenangan set pertama 21-18.
Skrip sama berulang dalam set kedua dengan Tang Jie-Ee Wei meningkatkan rentak permainan sebelum mendahului 11-7 di interval.
Mengawal permainan dengan tenang, mereka memastikan kemenangan 21-16 sekaligus melangkah ke final!