Skip to main content

Badminton

TERKINI: Kasih bertaut semula, Tang Jie-Ee Wei kembali bergandingan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tangjie-eewei.jpg
Naib juara Badminton Final Jelajah Dunia BWF, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bakal bergandingan semula selepas pengumuman membabitkan status beregu campuran negara itu oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini.

Terdahulu, Pemangku BAM, Datuk V. Subramaniam, memutuskan bahawa gandingan itu akan dipisahkan selepas menerima laporan akhir daripada jurulatih, Nova Widianto, dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, beregu di ranking keempat dunia itu akan menjalin kerjasama semula dalam Kejohanan Badminton Terbuka Sungapura pada bulan depan. 

Keputusan itu berikutan permintaan daripada kedua-dua pemain dan mengikuti banyak perbincangan antara pasukan kejurulatihan dan pemain.

 

Ayuh The Little Gangsters! Bersama-sama terus menggegar arena badminton antarabangsa.

Advertisement

Must Watch Video