Skip to main content

Badminton

Terkini: Jodoh 14 tahun BAM-Hendrawan berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hendrawan.jpg
Jurulatih perseorangan, Hendrawan, dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpisah selepas  14 tahun berikutan kontraknya tidak disambung. 

Pelatih dari Indonesia itu mula bersama badan induk kebangsaan sejak 2009 termasuk berkesempatan membimbing legenda dunia, Datuk Lee Chong Wei. 

 

BAM difahamkan sedang meneliti empat calon bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hendrawan.

Selain itu, BAM dalam sidang media yang sedang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABAM, Bukit Kiara, menjelaskan antara kriteria bagi jurulatih beregu wanita yang ditetapkan pula ialah membentuk gandingan baru.


 

"Sukar untuk mempercayai saya telah bersama BAM selama bertahun-tahun. Ia adalah satu perjalanan yang luar biasa dan saya telah menikmati masa saya di Malaysia tetapi kini tiba masanya untuk saya bergerak ke hadapan.

"Saya berterima kasih kepada BAM atas kepercayaan mereka dan mendoakan yang terbaik buat pemain perseorangan pada masa hadapan. 

"Saya berharap untuk melihat mereka terus maju dan menjadi pemain terbaik," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video