Rentak cemerlang beregu profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terhenti selepas terkandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok, hari ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa (India) 18-21, 21-18, 17-21.
Pasangan yang menduduki ranking kelima dunia itu tewas 18-21 dalam set pertama sebelum bangkit menewaskan pasangan yang berada pada ranking lebih rendah itu 21-18 dalam set kedua.
Dalam set ketiga, Peng Soon-Liu Ying gagal menandingi rentak permainan lawan untuk tewas 17-21.
Sementara itu, seorang lagi pemain profesional negara, Liew Daren, turut terkandas dalam pusingan pertama kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 13-21, 16-21.
Pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah, memulakan cabaran kali ini dengan kemenangan ke atas pemain tuan rumah, Supanida Katethong, 11-21, 21-14, 21-19.
Pemain berusia 26 tahun itu dijangka berhadapan cabaran sengit daripada pemain China, He Bing Jiao, yang kini berada di ranking keenam dunia, dalam pusingan kedua esok.
Seorang lagi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, melepasi pusingan pertama selepas menewaskan pemain India, Sameer Verma, 21-23, 21-11, 21-5.
Zii Jia akan bertemu Tommy Sugiarto dari Indonesia, yang menewaskan pemain China, Zhao Jun Peng, 21-13, 12-21, 21-13.
-- BERNAMA