Wakil tunggal beregu lelaki negara di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, berputih mata untuk meneruskan cabaran selepas tewas kepada pasangan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan, sebentar tadi.
Berdepan pasangan itu sering kali menyaksikan saingan sengit ditampilkan kedua-dua beregu, dengan V Shem-Wee Kiong serta dan Ahsan-Hendra bersilih ganti mengutip mata dalam permainan pantas set pertama sebelum pasangan negara itu memenangi set pertama 21-18.
Ahsan-Hendra bangkit mengatasi V Shem-Wee Kiong dalam set kedua sementara beberapa kesilapan yang dilakukan membenarkan pasangan Indonesia itu untuk menang 21-16.
Skrip yang sama berulang dalam set penentuan, dengan pengalaman dimiliki Ahsan-Hendra ternyata menjadi pemisah sebelum mereka menyingkirkan beregu negara dengan kemenangan 21-17.