Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Pemain negara pelbagaikan strategi -- Roslin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Sebaik tirai Terbuka Singapura ditutup dengan kemenangan dramatik oleh beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, ke atas gandingan Korea Selatan semalam, kem kebangsaan dilihat berada dalam momentum yang baik.

Bekas perseorangan negara, Roslin Hashim, menganggap pemain negara yang tidak meraih kedudukan podium tetap mempamerkan perkembangan progresif dalam mempelbagaikan strategi permainan.

Kejayaan beregu ranking ketiga dunia itu mampu menyuntik semangat rakan sepasukannya yang lain menjelang Kejohanan Terbuka Indonesia bermula 3 Jun ini.

"Persembahan keseluruhan wakil Malaysia dalam Terbuka Singapura bagus terutama beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang muncul finalis berturut-turut. 

"Keputusan beregu campuran juga bagus termasuk perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, yang menewaskan Jonatan Christie dalam pusingan pertama. 




"Walaupun tidak masuk ke suku akhir tapi mereka sebenarnya ada kebolehan untuk menewaskan pemain di ranking lebih tinggi. 

"Kita tidak mahu mereka sudah berpuas hati, biarlah pemain itu sendiri ada keinginan untuk menjadi juara," kata Roslin yang pernah menduduki tangga pertama dunia itu. 

Dalam masa sama, bekas jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming, juga beranggapan pemain terus mempelbagaikan corak permainan agak tidak mudah dibaca lawan. 

"Prestasi mereka agak tekal dan teruskan prestasi. 

"Strategi bagus dalam serangan dan bertahan," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video