Skip to main content

Badminton

Terbuka Singapura: Juara Masters Malaysia, beregu lelaki nombor satu dunia mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton.jpg
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, meneruskan rentak kecemerlangan selepas mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura dengan penuh bergaya, sebentar tadi.

Hanya tempoh 34 minit diperlukan juara Masters Malaysia itu untuk menundukkan gandingan China dengan kemenangan straight set, 21-16, 21-16. 

Pilihan kelapan kejohanan itu ditemani dengan pasangan nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang turut mudah ke peringkat seterusnya dengan menghantar pulang rakan sepasukan, Arif Junaidi-Yap Roy King, di pusingan 16.

Sze Fei-Nur Izzuddin langsung tidak memberikan jalan buat Arif-Roy King, sebaliknya mempunyai misi tersendiri untuk kembali di landasan merangkul gelaran. 
 

Advertisement

Must Watch Video