Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berkongsikan bahawa persiapan daripada aspek mental merupakan antara kunci utama kejayaan mereka hingga dinobatkan juara Terbuka Singapura, sebentar tadi.
Terbuka Singapura merupakan pentas akhir ketiga berturut-turut buat pemenang gangsa Sukan Olimpik Paris itu musim ini.
Malah, mereka turut menamatkan kemarau 17 tahun negara dengan merangkul gelaran di Singapura itu selepas kali terakhir beregu negara memenangi adalah menerusi gandingan Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari pada 2008.
"Saya rasa ia adalah tentang saling mempercayai dan persediaan mental kami, kami beraksi dalam tiga kejohanan berterusan semestinya fizikal sangat penat. Sangat penting untuk kekal fokus.
"Banyak penyokong dari Malaysia dan Singapura yang menyokong kami, kemenangan ini untuk kalian semua," kata Aaron Chia.
"Ia tentang fokus, kami mahukan kemenangan ini. Kami cuba menenangkan satu salam lain. Aaron beritahu saya supaya jangan terlalu banyak fikir, dan raih satu demi satu mata dan kami dapat melakukannya." tambah Wooi Yik.
Mereka menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 15-21,21-18, 21-19, untuk meraih gelaran ketiga musim ini.

RESULTS: #SingaporeOpen2025
— BAM (@BA_Malaysia) June 1, 2025
MD | FINAL#MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik 3️⃣ def.#KOR?? Kim Won Ho-Seo Seung Jae 15-21 21-18 21-19
⏱️1h 5m
In their first-ever run of four straight finals, Aaron-Wooi Yik ended Malaysia’s 17-year wait for a Men’s Doubles title at the Singapore… pic.twitter.com/MMdIzflnYZ