Skip to main content

Badminton

Terbuka Poland: Aidil Sholeh buka laluan kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-sholeh.jpg
Wakil lelaki negara tidak berdepan masalah untuk melepasi rintangan awal Kejohanan Badminton Terbuka Poland, sebentar tadi.

Aidil Sholeh Ali Sadikin membuka kempen dengan menyingkiran pemain Jerman, Fabian Roth, 21-19, 21-15 untuk menempah slot pusingan 32 bertemu Adam Mendrek -- juga dilangsungkan hari ini -- di samping Leong Jun Hao dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.



 

RESULTS: Polish Open 2021 R1 #MAS ?? Leong Jun Hao def. #CZE ?? Jan Louda 9-21 21-17 21-17 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, March 26, 2021


Raul Must pernah mengalahkan bekas pemain kebangsaan, Iskandar Zulkarnain, dalam Terbuka Antarbangsa Belanda pada 2012 sementara Jun Hao pula akan diuji Miha Ivanic.

Namun, jejak itu gagal dituruti Lim Chong King selepas terkandas 18-21, 21-15, 21-16 kepada pencabar dari Russia, Daniel Nikolov.

Sementara itu, Pornpawee Chochuwong dari Thailand menyekat laluan perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, dalam suku akhir Masters New Orleans.

Kekalahan dalam kejohanan bertaraf super 100 itu sekali gus menamatkan cabaran wakil negara di Perancis.

Advertisement

Must Watch Video