Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis apabila tewas secara set langsung kepada gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, di Glaz Arena sebentar tadi.
Lawan itu menyingkirkan gandingan negara berkenaan dalam suku akhir Masters China bulan lalu dan kali ini, mereka mengulangi perkara sama di peringkat sama.
Turun selaku pilihan keempat, Tang Jie dan Ee Wei jelas bergelut untuk menyaingi rentak lawan sejak dari awal permainan untuk akur tewas mudah 9-21 dalam set pertama.
Gandingan juara dunia itu kemudian cuba memperkemaskan permainan pada pertengahan set kedua tetapi menuju ke penghujung saingan, mereka sekali lagi kehilangan rentak untuk akur tersingkir dengan kekalahan 18-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 37 minit.