Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, kandas dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Perancis BWF selepas tewas kepada pemain pilihan kelapan dari China, Li Shi Feng, di Glaz Arena, Rennes sebentar tadi.
Zii Jia mara ke final dua kejohanan berturut-turut, di mana dia menjuarai Terbuka Finland sebelum tewas kepada Weng Hong Yang dari China dalam final Terbuka Denmark hujung minggu lalu.
Dia yang sebelum ini mengakui sudah mula berasa kelesuan dengan kejohanan yang terlalu rapat, bagaimanapun, memenangi set pertama 21-17.
Namun, dua set seterusnya jelas menjadi milik Shi Feng untuk Zii Jia akur terkandas dengan kekalahan 11-21, 12-21 selepas bertarung selama 68 minit.